UrusWarisan Sediakan Surat Tuntutan (LOD) Profesional & Sah Undang-Undang

“Bila Hak Kita Dipijak, Diam Bukan Lagi Pilihan.”

Sampai Bila Nak Diam Bila Hak Kita Diinjak?

Berapa kali kita minta baik-baik, tapi masih dipandang remeh? Orang pinjam duit tak pulang, fitnah kita depan orang, ambil barang pusaka tanpa izin, atau syarikat tak bayar pampasan yang dijanjikan.

Cukup.
Kini giliran anda tuntut hak dengan cara yang SAH dan BERKUASA.

Realiti Hari Ini...

Orang yang keras kepala tak akan tunduk pada kata-kata.
Tapi bila terima surat rasmi dari peguam, mereka mula rasa gentar.
Bukan ugut. Ini hak. Dan undang-undang ada di pihak anda.

Letter of Demand (LOD) ialah surat tuntutan sah yang dikeluarkan oleh peguam, bertujuan menuntut bayaran, penjelasan, atau tindakan segera sebelum kes dibawa ke mahkamah.

📌 Ia dihantar secara rasmi.
📌 Berbunyi tegas tetapi berhemah.
📌 Boleh digunakan sebagai bukti awal jika kes berlarutan ke peringkat saman.

Kesan LOD sangat besar.
Ramai terus respon selepas menerima surat dari peguam — kerana ia menunjukkan anda serius.

Disediakan oleh panel profesional berpengalaman, setiap surat LOD ini:

Tegas dan sah secara perundangan
Diiktiraf oleh Mahkamah Sivil & Syariah
Dibina khas mengikut situasi kes sebenar anda
Boleh digunakan sebagai bukti jika saman difailkan


Kami Sediakan Surat Tuntutan (LOD) Untuk Pelbagai Kes:

Surat tuntutan rasmi kepada individu atau syarikat yang gagal membayar hutang, termasuk pinjaman peribadi, bayaran perkhidmatan, atau invois tertunggak.

LOD untuk menuntut permohonan maaf, pemadaman kenyataan palsu, atau pampasan akibat fitnah atau tuduhan yang menjejaskan reputasi di media sosial atau secara peribadi.

Digunakan untuk menuntut tindakan atau bayaran apabila seseorang mungkir janji bertulis atau lisan, termasuk kes tipu duit, produk, atau perkhidmatan yang tidak ditepati.

LOD untuk menuntut bahagian pusaka, harta yang tidak diagih, atau mempertikaikan tindakan waris lain yang menyalahi hak faraid atau amanah keluarga.

Surat tuntutan terhadap pelanggaran perjanjian sewa, tunggakan gaji, atau ketidakpatuhan kepada kontrak kerja, servis, atau penyewaan premis

LOD untuk kes seperti tidak dibayar gaji, ditamatkan kerja tanpa notis, atau layanan tidak adil oleh syarikat, majikan, atau organisasi tertentu.


Jenis-Jenis Kes Yang Kami Bantu

 

🧍‍♂️ LOD INDIVIDU & PERIBADI

Hutang peribadi tak dibayar
Pinjam barang tak pulang
Ceroboh / guna aset tanpa izin
Fitnah & reputasi rosak
Sewa rumah tertunggak

🏢 LOD SYARIKAT & PEKERJAAN

Hutang perniagaan tak dibayar
Gaji, komisen, atau pampasan tertunggak
Salah guna duit syarikat
Penamatan kontrak tanpa sebab
Syarikat tidak bayar pampasan kematian

👪 LOD PUSAKA & KELUARGA

Waris tak agih faraid
Pegang barang arwah tanpa izin
Guna tanah pusaka sendiri-sendiri
Hibah tak dilaksana
Halang waris lain dari tuntut hak

📑 LOD KONTRAK & AM

Pelanggaran kontrak
Ganti rugi kerosakan aset
Penipuan beli barang / servis
Notis tamat kontrak sewaan


LOD – Langkah Tegas & Sah

Letter of Demand (LOD) ialah surat tuntutan sah yang dikeluarkan oleh peguam, bertujuan menuntut bayaran, penjelasan, atau tindakan segera sebelum kes dibawa ke mahkamah.

📌 Ia dihantar secara rasmi.
📌 Berbunyi tegas tetapi berhemah.
📌 Boleh digunakan sebagai bukti awal jika kes berlarutan ke peringkat saman.

Kesan LOD sangat besar.
Ramai terus respon selepas menerima surat dari peguam — kerana ia menunjukkan anda serius.


Fungsi dan Peranan Sebenar Surat Tuntutan (Letter of Demand – LoD):

1. Bukan penyelesaian automatik, tapi permulaan kepada proses penyelesaian — sama ada secara damai, rundingan atau tindakan lanjut (mahkamah).


 2. LoD menyatakan dengan jelas:
 • Hasrat pihak yang menuntut
 • Prinsip dan pendirian yang dipegang
 • Fakta asas berkaitan hutang atau pelanggaran
 • Bukti bahawa pihak penuntut tidak pernah melepaskan hak menuntut


 3. Reaksi penerima LoD berbeza-beza:
 • Ada yang terus bayar/hubungi untuk selesai secara rundingan
 • Ada yang ajak bincang atau bayar sebahagian

 • Ada yang diam seribu bahasa
 • Ada juga yang cabar balik, kononnya tiada hutang


 4. Kalau tak selesai, LoD berperanan sebagai bukti awal bahawa:
 • Tuntutan sudah dibuat dengan baik
 • Waris boleh sambung tuntutan jika penghutang meninggal dunia
 • Jika penuntut meninggal, waris penuntut pun boleh sambung
 • Dan paling penting: ia menghentikan ‘masa’ daripada terus berjalan ke arah had 6 tahun (di bawah had masa Akta Had Masa 1953)


 5. Dalam banyak kes, jika lebih 6 tahun tiada tuntutan langsung (dan tiada pengakuan hutang atau bayaran walau RM1), hak tuntutan boleh lupus — LoD membantu sebagai:
 • Bukti wujudnya tuntutan
 • Bukti permintaan dibuat secara rasmi dalam tempoh sah
 • Alasan munasabah untuk teruskan kes walaupun tertangguh lama

Kesimpulan:

Surat tuntutan bukan noktah, tapi garisan permulaan yang sah.
Ia tidak menyelesaikan semua kes, tapi ia sangat penting untuk:

✅ Menjaga hak dan rekod rasmi
✅ Menyampaikan pendirian dengan jelas
✅ Menjadi asas kukuh jika tindakan undang-undang diteruskan
✅ Membolehkan waris sambung tuntutan jika berlaku kematian
✅ Elakkan tuntutan lupus selepas 6 tahun


Kenapa Guna UrusWarisan.my?

✅ Kami bukan sekadar keluarkan surat. Kami bantu anda faham kes anda dulu.
✅ Anda tak perlu jumpa peguam — semua boleh dibuat secara online.
✅ Anda hanya bayar harga yang berpatutan, tanpa perlu masuk mahkamah terus.
✅ Panel peguam kami bertauliah dan berpengalaman dengan kes sebenar rakyat marhaen.

Proses Sangat Mudah:

1. Isi borang ringkas (nama, nombor telefon, ringkasan kes)

2. Kami hubungi anda untuk semakan awal

3.Anda sediakan bukti (mesej, resit, perjanjian dll)

4. Surat disediakan dan dihantar dalam masa 7 hari bekerja


Siapa panel peguam dibelakang kami?

Junaidi Mohamad peguam bertauliah dan berpengalaman merupakan salah seorang panel peguam Uruswarisan.my di Emir Mahmud & Co dan kini memegang peranan dalam pengurusan litigasi serta pengurusan harta pusaka melibatkan klien Muslim dan bukan Muslim.

Beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang harta pusaka Islam termasuk Hibah, Wasiat, dan Faraid. Dengan hampir 10 tahun pengalaman dalam bidang guaman

Beliau telah mewakili pelbagai syarikat, kumpulan, serta individu dalam pelbagai isu perundangan seperti perceraian bukan Islam, kutipan hutang, serta penyediaan dokumen korporat dan kontrak perniagaan.


Kena Fitnah!

“Selepas saya hantar LOD dari UrusWarisan, orang tu terus call minta selesaikan. Dah lama saya sabar sebab kena fitnah di social media.”

Suri Rumah

Tuntut Komisen..

"Majikan saya tak bayar komisen 2 bulan. Bila terima surat, terus bank in RM4,500."

Pekerja Swasta

Tuntut Hak Pusaka

“Saya ingat nak biar je sebab pening urus pusaka. Tapi lepas dapat bimbingan dari tim UrusWarisan, semua jadi mudah. Siap dapat bahagian faraid terus ke akaun saya.”

Bekerja Sendiri


Contoh Antara Kes Melibatkan LoD Pelbagai Kategori Yang Pernah Diuruskan


 


💬 “Tapi Saya Tak Tahu Nak Mula…”

Itu perkara biasa. Ramai klien kami dulu pun rasa begitu.
Yang penting: jangan terus diam.

Kami bantu anda langkah demi langkah.
Kami dengar dulu, dan sediakan jalan terbaik — bukan terus ugut saman.

🔒 Rahsia Terjamin. Sokongan Profesional.

Semua maklumat anda akan dijaga dengan sulit dan hanya dikendalikan oleh pasukan profesional & panel peguam berdaftar.

✅ “Hak Tak Akan Datang Sendiri. Kita Kena Tuntut.”

Jangan tangguh. Jangan takut.
Kalau anda tak bertindak, mereka akan terus rasa bebas.


Pelaburan Anda Untuk LOD: RM1,500

Tapi untuk pelanggan terawal, kami tawarkan:

🔥 Hanya RM300 Sahaja! 🔥

✔️ Surat disediakan dalam masa 7 hari bekerja
✔️ Boleh hantar secara fizikal atau digital
✔️ Termasuk 1 kali semakan & penyesuaian

📌 Harga promosi ini mungkin ditutup bila-bila masa tanpa notis.

Apa Yang Anda Akan Terima?

Tapi untuk pelanggan terawal, kami tawarkan:

🔥 Hanya RM1500 RM300 Sahaja! 🔥

✔️ Surat disediakan dalam masa SEGERA bergantung kes
✔️ Boleh hantar secara fizikal atau digital
✔️ Termasuk 1 kali semakan & penyesuaian

📌 Harga promosi ini mungkin ditutup bila-bila masa tanpa notis.

Surat Tuntutan (LOD) rasmi, disesuaikan mengikut kes sebenar anda


Ditulis dengan gaya undang-undang profesional, bukan surat biasa


Versi PDF siap cetak atau boleh dihantar melalui e-mel / pos

Nasihat ringkas penggunaan & susulan (bukan khidmat guaman penuh)

Soalan Lazim

1. UrusWarisan ni firma guaman ke?

Tidak. UrusWarisan bukan firma guaman, tetapi platform pemudahcara yang menguruskan wasiat, faraid, hibah dan pusaka dengan bimbingan panel peguam Syariah dan sivil yang berdaftar serta berpengalaman.

2. Siapa yang uruskan kes saya – staf biasa atau peguam?

Setiap kes akan diselia oleh tim UrusWarisan, dan jika melibatkan dokumen undang-undang seperti LOD, pengesahan surat kuasa, tuntutan pusaka atau kes berat – ia akan diserahkan terus kepada panel peguam kami yang bertauliah.

3. Panel peguam ni sah ke? Berdaftar ke?

Ya, semua panel kami terdiri daripada peguam Syariah dan sivil yang berdaftar dengan Majlis Peguam dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri masing-masing.

4. Saya pernah trauma dengan peguam. UrusWarisan sama ke?

Kami bukan firma peguam yang berat dan rumit. UrusWarisan fokus kepada pendekatan mesra, mudah faham dan patuh syariah, dengan komunikasi yang jelas — tanpa tekanan.

5. UrusWarisan boleh bantu saya walau saya duduk jauh?

Ya. Semua urusan boleh dijalankan secara online – termasuk konsultasi, serahan dokumen, draf wasiat, pengiraan faraid, dan LOD. Kami juga sediakan temu janji fizikal jika perlu.

6. Adakah peguam akan hadir ke mahkamah kalau kes perlu disaman?

Jika kes anda melibatkan prosiding mahkamah, kami akan serahkan kes anda kepada peguam panel yang akan mewakili anda secara rasmi. UrusWarisan hanya bantu dari fasa permulaan hingga penyediaan.

7. Apakah peranan UrusWarisan berbanding peguam?

UrusWarisan bantu anda faham proses, sediakan dokumen awal, semak kelayakan, dan menjimatkan kos sebelum masuk ke fasa guaman penuh. Ini elak caj mahal sejak awal tanpa keperluan.

8. Adakah UrusWarisan hanya urus kes Muslim sahaja?

Tidak. Kami juga bantu kes bukan Muslim, termasuk tuntutan harta, komisen, hutang tertunggak, surat undang-undang (LOD) dan pengurusan waris bukan Islam.

9. Adakah LOD sah di sisi undang-undang?

Ya. LOD dikeluarkan oleh panel peguam berdaftar dan mengikut format sah yang boleh dijadikan dokumen awal sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

10. Apa yang perlu disediakan untuk mohon LOD?

Dokumen asas seperti:

Bukti (resit, WhatsApp, invois)
Maklumat penuh yang dituntut
Jumlah atau jenis tuntutan dan tarikh akhir yang dipersetujui

11. Berapa hari boleh siap LOD selepas dokumen lengkap dihantar?

Biasanya dalam 7 hari bekerja, bergantung kepada kerumitan kes dan kelengkapan dokumen yang anda sediakan.

12. Apa jaminan orang tu akan bayar selepas terima LOD?

Tiada jaminan penuh, tetapi LOD adalah langkah awal yang berkesan secara psikologi dan undang-undang. Ramai penghutang terus bayar selepas terima surat dari peguam.

13. Adakah LOD hanya untuk hutang wang sahaja?

Tidak. Ia juga boleh digunakan untuk:

1. Tuntutan harta pusaka
2. Komisen tertunggak
3. Sewa rumah
4. Barangan tidak dipulangkan
5. Hak tuntutan lain yang boleh dibuktikan

14. Berapa kos untuk mohon LOD di UrusWarisan?

Kos LOD bermula serendah RM300 bergantung kepada jenis kes. Anda boleh mohon quotation percuma dahulu sebelum meneruskan.

Penafian : UrusWarisan.my disediakan sebagai platform pendidikan dan sokongan umum bagi membantu pengguna memahami proses pengurusan harta pusaka, termasuk wasiat, hibah, faraid, dan tuntutan waris. Segala maklumat, dokumen contoh, panduan, video atau sebarang kandungan yang disediakan di laman ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat undang-undang, kewangan atau syariah yang muktamad.

Pengguna dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam berdaftar, penasihat syariah atau perunding profesional bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan berdasarkan maklumat daripada platform ini.

Pihak UrusWarisan.my serta pemilik, penulis dan penyedia kandungan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, tuntutan, liabiliti atau kerosakan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang timbul akibat penggunaan atau kebergantungan kepada sebarang kandungan di laman ini.

Sebahagian ilustrasi, contoh nama, dan dokumen adalah rekaan atau bersifat umum dan digunakan untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Sebarang persamaan dengan individu sebenar adalah tidak disengajakan.

Segala kandungan, termasuk borang, modul, dan bahan visual, adalah hak milik UrusWarisan.my dan tidak boleh disalin, diterbitkan semula atau digunakan semula dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis.

Note: This site is NOT a part of the Facebook website or Facebook Inc. Additionally, This site is NOT endorsed by Facebook in any way. Facebook is a trademark of FACEBOOK, Inc.

Build confidence with Martial Arts Mastery

Experience safe, comprehensive programs with accomplished instructors.